Edisi: JANUARI/FEBRUARI '99 Muka 2 
Halaman Bekas Pelajar Sekolah Tinggi Segamat Johor Darul Takzim
  Sekolah Tinggi Segamat - Bangunan Utama

[ Mailing List Utama| Berita Semasa |Agama| Ekonomi | Pendidikan | Politik Semasa | Edisi Terdahulu ]
[ Sukan | Gadis Johor | Enjin Pencari | Album Saalihiin | Lihat Komen | Hantar Komen | Zil's Domain ]

Minda MB Lidah Pengarang Matematik Dadah - Musuh Negara Technology 
 

Berpada Sambut Raya
UMAT Islam tidak seharusnya boros berbelanja untuk menyambut sesuatu perayaan seperti Hari Raya Aidil Fitri sebaliknya perlu bersikap sederhana dan rasional ketika berbelanja.  

Siti Hasnizam Hasaan, 22, berpendapat sikap ghairah berbelanja bagi menyambut hari kebesaran umat Islam ini harus dibendung terutamanya di waktu kegawatan ekonomi sekarang ini.  

"Janganlah kerana hendak menyambut Aidil Fitri kita lupa mengawal perbelanjaan dengan berbelanja melebihi kemampuan,'' kata Gadis Johor bulan ini.  

Pembantu Akaun sebuah syarikat di Pasir Gudang ini berkata, umat Islam sepatutnya bijak berbelanja dengan hanya membeli barangan yang dirasakan perlu sahaja manakala baki wang tersebut perlu disimpan sebagai tabungan masa depan.  

Siti memberi pandangannya ini kerana masih ada umat Islam yang sanggup 'ber-golok-bergadai' untuk menyambut perayaan hingga terpaksa meminjam wang daripada sumber lain dan rakan-rakan yang akhirnya mendatangkan beban selepas musim perayaan nanti.  

"Kegiatan seperti ini harus ditegah kerana ada orang yang sememangnya tidak mampu dan berpendapatan kecil tetapi berbelanja melebih kemampuan,'' katanya yang menetap di Taman Kota Masai, Masai.  

Menyentuh soal persiapannya bagi menyambut Aidil Fitiri, anak keempat daripada lima beradik ini yang pada tahun lalu menempah tiga pasang baju kurung berkata, dia masih belum memikir untuk menempah baju baru tahun ini.  

"Buat masa ini saya belum fikirkan soal pakaian baru untuk diperagakan pada hari lebaran, mungkin hanya sepasang atau menggunakan baju-baju pada tahun lalu,'' jelas anak pesara tentera ini.  

Kata Siti, perbelanjaannya yang ala kadar ini bukan sahaja diamalkan apabila menjelangnya Hari Raya malah telah mula dilakukan sejak negara dilanda kegawatan ekonomi lagi. 

top

 
 
Halaman ini diterbitkan oleh:
Zil Kamal Mokhtar
No. 49, Jalan SP 2/10, Taman Subang Perdana, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel: +603 7463986         Mobil: +6012 2774419         E-mel: Zilkamal@Hotmail.Com
Anda boleh tinggalkan pesanan di sini:

Hakcipta terpelihara 1999